DARI MEJA WANITA

Wanita UMNO Kepong akan bekerja keras

TAN SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

TAN SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

KUALA LUMPUR 7 Julai – Pergerakan Wanita Bahagian Kepong akan terus bekerja keras dalam membantu parti memenangi hati rakyat walaupun berada di kawasan pembangkang.

Ketuanya, Tan Sri Sharizat Abd. Jalil berkata, jentera Barisan Nasional (BN) terutamanya Wanita UMNO tidak akan sambil lewa dan terus menjadi mata dan telinga kepada keperluan rakyat dan menyampaikannya kepada kerajaan.

“Walaupun keadaan pakatan pembangkang kini kucar-kacir dengan pelbagai masalah dalaman, Wanita UMNO akan bekerja keras menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kepong di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

 

Scroll To Top