DARI MEJA WANITA

Wanita UMNO jangan tersilap langkah, elak perpecahan

Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein (dua kiri) diiringi ketua pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil bersalaman dengan beberapa wakit UMNO bahagian semasa majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong di Hotel Seri Pacific di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/GHAZALI BASRI

Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein (dua kiri) diiringi ketua pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil bersalaman dengan beberapa wakit UMNO bahagian semasa majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong di Hotel Seri Pacific di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE/GHAZALI BASRI

KUALA LUMPUR 7 Julai – Wanita UMNO diingatkan tidak tersilap langkah dan mengelak berlakunya perpecahan sehingga menggadai masa depan parti dan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, krisis membabitkan pemimpin-pemimpin meninggalkan UMNO pada dua tahun lalu perlu menjadi iktibar kepada semua ahli.

“Ekoran pemimpin tersebut berasal dari Johor, menyebabkan timbulnya situasi dalam kalangan ahli sama ada perlu memilih rakan atau parti, namun kita meletakkan kepentingan parti.

“Saya lihat mesyuarat perwakilan kali ini lebih tenang dan tidak berlakunya kekeliruan sebagaimana dua tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kepong di sini malam ini.

Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Sharizat Abd. Jalil yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dan Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Seri Rizuan Hamid.

Hishammudin berkata, beliau melihat perwakilan kali ini lebih fokus dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Bagaimanapun, kita perlu lebih berusaha dalam gerak kerja pilihan raya akan datang bagi memastikan kemenangan parti.

“Usaha memenangi hati rakyat perlu dimulakan dari sekarang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

 

Scroll To Top