DARI MEJA WANITA

Wanita Itali diumum manusia tertua di dunia

81463293743_EmmaMorano

VERBANIA: Emma Morano, wanita warganegara Itali diumum sebagai manusia tertua di dunia pada usia 116 tahun.

Pengumuman ini dibuat selepas pemegang rekod sebelumnya Susannah Mushatt Jones, juga berumur 116 tahun, meninggal dunia di New York pada Khamis.

Morano yang lahir pada 29 November 1899 dipercayai manusia terakhir yang lahir pada tahun 1800-an yang masih hidup.

Wartawan berkumpul di kediamannya di Verbania, Itali untuk mendokumentasikan rekod tersebut, namun terpaksa menunggu beliau bangun daripada tidur.

Morano tinggal di sebuah apartmen satu bilik ditemani pengasuh dan dua anak saudara perempuannya.

Morano mengamalkan diet berasaskan telur sejak jatuh sakit ketika masih kanak-kanak.

Beliau memberitahu Associated Press pada Khamis, menu sarapan paginya terdiri daripada daging, puding dan telur mentah.

Doktor peribadi beliau, Dr Carlo Bava berkata ada komponen genetik dalam rahsia umur beliau yang panjang, selain sikap Morano yang sentiasa positif.

Bava menambah, adik-beradik Morano yang lain juga hidup lebih atau hampir 100 tahun.

Sumber: AstroAwani

Scroll To Top