DARI MEJA WANITA

Wanita Islam China tertua di dunia

Alimihan Seyiti

Alimihan Seyiti

XINJIANG UYGHUR 28 Jun – Wa­nita tertua di dunia dari China, Alimihan Seyiti menyambut hari kelahirannya yang ke-131 pada Ahad lalu.

Akhbar tempatan People’s Daily melaporkan, wanita Islam yang lahir pada 25 Jun 1886 itu menyambut hari jadinya bersama-sama dengan keturunannya di sebuah kediaman terletak di Shule County, sebuah wilayah dalam Kashgar.

Pakar perubatan yang membuat pemeriksaan sehari sebelum wanita itu menyambut hari jadinya, juga mengesahkan kesihatan wanita itu memuaskan dengan tahap tekanan darah, bacaan glukosa dalam darah dan sel lipid adalah baik. Alimihan yang dilahirkan pada zaman pemerintahan Dinasti Guangxu itu pernah membuat lebih 100 persembahan tarian dan nyanyian sejak zaman remaja. Wanita itu juga dikatakan masih menyanyi bila mempunyai waktu lapang. Wanita itu memberitahu, kebahagiaan adalah rahsia kepada usianya itu. Pada tahun 2013, kumpulan Penyelidikan Gerontologi mengumumkan Alimihan sebagai wanita tertua di dunia dengan me­ngalahkan peme­gang Guinness World Record, Jeanne Calment, yang berasal dari Pe­rancis yang ber­usia 122 tahun.

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

Scroll To Top