DARI MEJA WANITA

Wanita di Kemboja membawa beban yang berat di tapak pembinaan

b7b8c87b417745bba5de77791ffe6903_18
Phnom Penh, Kemboja – Pada waktu tengahari , Chhou Ouch sama seperti pekerja-pekerja pembinaan yang lain yang sanggup bekerja di bawah matahari dengan  membawa batu bata di tapak bangunan.

“Ini adalah tugas seorang lelaki tetapi saya juga boleh melakukannya,” katanya.

Beliau adalah salah satu daripada  1,000 pekerja binaan wanita yang membantu untuk membina deretan vila berkembar. Mereka diupah oleh pemaju tempatan, dengan bekerja selama enam hari seminggu bersama-sama dengan 2,000 rakan sekerja lelaki.

Hanya beberapa tahun yang lalu, projek pembangunan skala ini, dan kehadiran Ouch di atasnya,  dianggap jarang berlaku di ibu negara Kemboja, Phnom Penh. Tetapi kedua-duanya kini telah menjadi sebahagian daripada norma kehidupan.

Sumber : Aljazeera News

 

Scroll To Top