JURUCAKAP TERENGGANU
YBhg. Datin Faridah Akmal binti A. Latif
Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun
ANCAMAN KORUPSI FIKIRAN DAN IDEOLOGI LIBERALISME
Bismillahir Rahmanir Rahim,
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wabihi Nastain,
Dilafazkan semulia-mulia selawat kepada Rasul Junjungan,
AllahumaSolli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa’ala A-li Sayyidina Muhammad
Terimakasih puan pengerusi majlis
Melati putih tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam KEBANGKITAN pembuka bicara.
SALUTATION
Y.Bhg. Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd, Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia
YB Datuk Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Y.Bhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Naib Ketua PergerakanWanita UMNO Malaysia
Ahli-ahli EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia,
Y.Bhg.To’ Puan Hajah Zaitun Mohd Amin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Terengganu,
Y.Bhg. Datuk Hajah Zainun Abu Bakar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Dungun
Wakil-wakil UMNO Malaysia
Seterusnya puan-puan para perwakilan yang saya sanjungi sekalian
1. Alhamdulillah, marilah kita mulakan pagi ini, dengan mengatur setinggi-tinggi rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT, atas kebesaran dan keagunganNya jua, maka kita diberi kesempatan untuk berkumpul sempena Perhimpuan AgungUMNO kali ini.
2.
Anak keli anak seluang,
Lari ditangkap di dalam perigi,
Sekalung tahniah kepada puan,
Walaupun kecundang tetap di sini
Penyu bertelur di RantauAbang,
Kunjungan ramai tidaklah serik,
Dari Terengganu kami datang,
Negeri cantik budaya menarik.
Pasca Pilihan Raya Umum ke 14 baru-baru ini memperlihatkan Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya dan menubuhkan kerajaan baru yang mereka namakan sebagai Malaysia Baru.
Namun apa yang kita lihat ialah kemenangan yang mereka perolehi ini adalah hasil kejayaan mempengaruhi persepsi rakyat dan membawa kepada korupsi pemikiran rakyat dengan cara melemparkan tuduhan, fitnah serta melontarkan imej buruk kepada kerajaan terdahulu. Iaitu UMNO dan Barisan Nasional.
Selepas berkuasa, korupsi pemikiran ini masih diteruskan Pakatan Harapan dimana mereka mula menyalahkan kerajaan terdahulu dalam apa jua tindakan mereka. Kita dapati mereka masih lagi mengamalkan cara merosakkan pemikiran rakyat dengan mencetuskan kegusaran seperti Hutang Negara yang tinggi, Salah guna Kuasa pemimpin terdahulu yang berleluasa, dan sebagainya, dalam usaha untuk menutup ketidakupayaan mereka untukmelaksanakan Manisfesto 100 hari seperti yang mereka janjikan.
Puan-puan para perwakilan UMNO sekalian,
Mereka mungkin tidak sedar, kemenangan dan kejayaan yang mereka kecapi ini bukanlah sesuatu yang mutlak dan kekal selamanya, bahkan kita membimbangi kejayaan yang diberikan ALLAH S.W.T kepada mereka ini adalah satu “Istidraj” yang mana mereka diberikan nikmat sehingga mereka semakin jauh, angkuh, bongkak dan kufur kepada yang maha pencipta.
Ketahuilah ALLAH S.W.T berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Firman ALLAH S.W.T bermaksud: “Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, (Kun Fayakun) “Jadilah!, mak ajadilah sesuatu itu,” (Surah Yasin: 82)
ALLAH juga menyatakan kepada Rasulullah S.A.W menerusi firmanNya yang bermaksud: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (kejurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah Al-Qalam: 44)
Kita sebagai ahli UMNO patut menerima kekalahan ini dengan hati yang redha dan kita percaya kekalahan ini bukanlah selamanya dan ia adalah satu Ujian “Musibahli Tarbiyyah” untuk mendidik kita supaya bermuhasabah dan memperbetulkan kekurangan yang lalu.
Puan-puan para perwakilan sekalian,
3. Akhir-akhir ini kita dapat melihat penggiat fahaman liberal semakin lantang bersuara demi memperjuangkan ideology bebas dan terbuka tanpa mengendahkan batas-batas agama. Serangan pemikiran moden melalui penyebaran ideology liberalism ini sangat berbahaya kepada umat Islam di Negara ini kerana ia berupaya menggugat pegangan akidah dan menjadi ancaman kepada pertiwi tercinta. Prinsip kebebasan bersuara yang tiada sempadan ini dikhuatiri bakal mengundang kerosakan masyarakat dan generasi kita yang akan datang.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan cadangan kerajaan Malaysia Baharu tentang penggunaan tandas OKU untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), seolah-olah mengiktiraf golongan songsang ini, dan dalam masa yang sama membelakangkan pegangan agama Islam, agama rasmi persekutuan.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Tiada agama yang menghalalkan LGBT, perkahwinan sejenis dan seangkatan dengannya.Sekecil-kecil usaha seperti kebenaran penggunaan tandas OKU kononnya untuk menjaga kepentingan hak asasi manusia harus diteliti semula. Harus diingat, tanpa kita sedari, perkara ini mungkin menjadi titik perangsang kepada mereka untuk bertindak lebih berani dan tanpa segan silu mempraktikkan budaya songsang mereka secara terang-terangan dalam masyarakat di Negara ini.
Berdasarkan laporan Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 1,697 individu yang mengamalkan tabiat seks songsang seperti homoseksual dan biseksual adalah sebahagian daripada 3,347 kes HIV baharu dicatatkan pada tahun 2017. Hal ini menunjukkan golongan LGBT merupakan kelompok tertinggi dijangkiti HIV mewakili 50 peratus kes baharu dilaporkan sepanjang tahun lalu. Jika penularan golongan ini tidak dibendung sewajarnya, adalah dikhuatiri peratusan penyakit yang tidak berpenawar ini akan terus meningkat dari hari ke hari.
ALLAH S.W.T telah menceritakan bagaimana azab yang diturunkan buat kaum Nabi Luth dalam Surah Hud Ayat 82. ALLAH S.W.T telah menterbalikkan kota yang didiami mereka dan menurunkan hujan batu akibat mengamalkan hubungan sejenis berbanding perkahwinan yang dihalalkan agama.
TANYA PERWAKILAN
Adakah kita terus mahu member muka kepada golongan perosak bangsa ini? Sanggupkah kita dilaknat ALLAH S.W.T kerana mendiamkandiri dan membenarkan amalan songsang ini berterusan? Tepuk dada, tanyalah selera.
Puan-puan para perwakilan yang saya kasihi sekalian,
4. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan mengukuhkan parti dengan menjunjung perpaduan sesame kita; membaiki ukhuwah yang sudah lama terjalin. Turun ke kawasan kita, saling ziarah menziarahi antara satu sama lain. Jangan kita hiraukan apa yang berlaku pada pihak atasan (Pakatan Harapan) yang kadang-kala memeningkan kita untuk meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Nyior gading puncak mahligai,
Sayang ketupat berisi inti,
Hancur daging tulang berkecai,
Jangan khianat kepada parti.
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan padi,
Semoga ALLAH panjangkan usia,
Tahun depan INSHAALLAH berjumpa lagi.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.