DARI MEJA WANITA

Violet Brown manusia tertua di dunia

15275527DUANVALE: Violet Brown menghabiskan kebanyakan masanya memotong tebu di ladang sekitar rumahnya di barat Jamaica. Beliau kerap mengunjungi gereja, mengelak daripada makan daging babi dan ayam.

Pada bulan lalu beliau menyambut hari lahirnya yang ke-117. Pada Sabtu lalu pula, Brown dipercayai menjadi individu tertua di dunia selepas kematian Emma Morano dari Itali yang lahir pada 29 November 1899. Brown memberitahu The Associated Press bahawa dirinya terkejut namun bersyukur kerana hidupnya begitu panjang. “Ini pemberian Tuhan kepada saya, saya perlu terima jangka hayat yang panjang ini,” kata Brown.

Pengarah penyelidik warga emas dan bahagian pangkalan data di Gerontology Research Group, Robert Young, Brown dianggap manusia tertua di dunia yang memiliki dokumen kelahiran sahih. Kumpulan itu terdiri daripada rangkaian penyelidik sukarelawan terhadap manusia tertua dunia. – AP

Sumber: Berita Harian Online

Scroll To Top