DARI MEJA WANITA

Suri rumah lega, kupon RM20 ringankan beban

image (1)

KUALA LUMPUR 24 April – Rata-rata suri rumah melahirkan rasa gembira dengan kupon bernilai RM20 melalui program ‘Jom Pi Pasar’ anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai.Suri rumah, Rafizah Abdul Rahim, 36, berkata, kupon itu sekurang-kurangnya dapat me­ringankan bebannya untuk membeli barangan basah.”Walaupun nillainya hanya RM20 namun dengan kos sara hidup sekarang, ia umpama durian runtuh kepada saya dan keluarga,” katanya.

 Rafizah antara penerima sumbangan kupon yang disampaikan oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai, Azizan Shariff.Yang turut hadir mengedarkan kupon tersebut Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.Azizan berkata, idea mengedar kupon itu tercetus bagi meringankan beban kaum ibu yang sejak awal pagi ke pasar untuk mendapatkan keperluan runcit dan barangan basah.

Katanya, keprihatinan khususnya keluarga yang memerlukan dalam kawasan Lembah Pantai sentiasa menjadi keutamaan melalui pelbagai program kebajikan yang tidak bermusim.“Alhamdulillah sokongan kuat daripada UMNO Wilayah Persekutuan sangat dihargai dan usaha ini akan diteruskan untuk pasar malam dan bazar Ramadan nanti,” katanya.Bagi ibu tunggal, Sekmah Mohamad, 56, berkata, program menukar kupon dengan barangan basah itu cukup bermakna.“Harapan saya program ini dapat diteruskan dan lebih ramai kaum wanita menerima manfaatnya,” katanya.

Sumber : Utusan Online

 

Scroll To Top