DARI MEJA WANITA

Skuad Sayang

Skuad Sayang telah dilancarkan pada 13 Oktober 2009 di PWTC merupakan program kesukarelawan dan kebajikan Wanita UMNO serta Wanita Barisan Nasional bagi melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai menepati hasrat untuk mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.

Visi & Misi Skuad Sayang:

  • Memberi perkhidmatan sukarela dan kebajikan kepada rakyat di peringkat akar umbi
  • Berpaksikan 3 aspek iaitu disiplin, integriti dan konsistensi
  • Memupuk ikatan kasih sayang dan mesra antara rakyat

Skuad Sayang yang ditubuhkan oleh Pergerakan Wanita UMNO turut melibatkan rakan-rakan Wanita Parti Komponen Barisan Nasional, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)dan termasuklah kaum bapa selaras dengan konsep 1Malaysia.

Skuad Sayang sebagai tanda keprihatinan terhadap isu-isu dan permasalahan rakyat disamping memupuk nilai-nilai mrni serta kasih sayang di segenap lapisan masyarakat. Skuad Sayang akan terus membantu dalam member perkhidmatan (Community Oriented Services) yang lebih mesra dan praktikal.

Tindakan proaktif, kreatif dan innovatif Skuad Sayang berteraskan kepada 3 aspek utama iaitu :

[infolist]

  • Perkhidmatan – Di waktu kecemasan, keperluan perubatan dan kesihatan, sokongan moral dan kerohanian
  • Kebajikan – Keperluan bimbingan dan kaunseling, bantuan material dan kewangan, bantuan kemanusiaan
  • Kesukarelawan – Gotong-royong, ziarah dan lawatan rakyat
[/infolist] Struktur organisasi Skuad Sayang seperti berikut :

Scroll To Top