DARI MEJA WANITA

Larian Bendera simbolik perjuangan rakyat

image (1)

KOTA BHARU 3 Mei – Larian Bendera sempena ­Ulang Tahun Ke-71 UMNO bukan sekadar acara riadah, sebaliknya menjadi simbolik kepada komitmen dalam mewarisi perju­angan membina negara bangsa dari satu generasi kepada generasi lain.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Larian Bendera tersebut diharap dapat menyuntik semangat orang ramai, khususnya generasi muda untuk menghayati perjuangan tersebut yang tidak terhad kepada ahli UMNO semata-mata.

“Parti-parti lain hanya menjaga ahli mereka. Sebagai contoh, DAP untuk kelompok orang DAP, PKR hanya untuk orang PKR tetapi apa yang dilakukan UMNO, kesannya kepada semua rakyat Malaysia.”Sebab itu bagi saya, UMNO lebih besar daripada namanya. Kita bukan sahaja berjuang untuk 3.6 juta ahli, malah 30 juta rakyat Malaysia,” katanya.Beliau berkata demikian selepas penyerahan panji parti, Sang Saka Bangsa daripada UMNO Bahagian Kubang Kerian kepada UMNO Bahagian Ketereh dalam Larian Bendera sempena Ulang Tahun Ke-71 UMNO di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini hari ini.

Konvoi UMNO Bahagian Kubang Kerian terdiri daripada 300 peserta dipimpin oleh Ketuanya, Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani.Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 bermula 1 Mei lalu dan di peringkat negeri telah disertai kira-kira 10,000 ahli dari 14 buah bahagian yang menjayakan dua acara utama iaitu Larian Bendera dan kayuhan basikal.Kemuncak sambutan itu dijadualkan berakhir dengan penyerahan bendera UMNO oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada wakil Terengganu bertempat di Kampung Pachakan, Pasir Puteh esok.

Sementara itu, di KEDAH, Larian Bendera sempena Ulang Tahun UMNO Ke-71 diteruskan membabitkan jarak kira-kira 100 kilometer bermula dari Pejabat UMNO Bahagian Kubang Pasu.Acara yang bermula pada pukul 8 pagi itu kemudian berakhir di Pejabat UMNO Bahagian Jerai.

Secara keseluruhannya, larian itu melibatkan jarak 250 kilo­meter di negeri ini membabitkan 10 kawasan Parlimen, antaranya Jerlun, Kubang Pasu, Alor Setar, Merbok dan Sungai Petani.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dijangka menyerahkan Sang Saka Bangsa kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman esok apabila peserta larian melepasi Jambatan Merdeka di Sungai Petani.

Sumber : Utusan Online

Scroll To Top