DARI MEJA WANITA

Rakyat Perlu Tolak Politik Baru Ali Baba

WhatsApp Image 2017-03-08 at 20.24.34
KUALA LUMPUR, 8 Mac – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meminta rakyat untuk menolak politik baru yang dibawa oleh pakatan pembangkang iaitu politik Ali Baba.
Tegasnya, Wanita UMNO melihat melalui laporan-laporan media, Pakatan Harapan yang kini bersepakat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), jelas menunjukkan permainan politik ala Ali Baba apabila penasihat Dap, Lim Kit Siang telah dicaturkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri dan dia sendiri telah diberikan mandat untuk memilih calon Perdana Menteri.
“Bagaimana Baba boleh memilih Ali… amat menghairankan bila pakatan pembangkang dan PPBM telah bersetuju dengan calon Timbalan Perdana Menteri tetapi gagal memutuskan calon Perdana Menteri.
“Apakah agenda dan rancangan Kit Siang.. adakah ingin menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri di belakang seorang Perdana Menteri boneka? Jika benar, Wanita berasa amat jelik dengan permainan politik seperti ini,” ujarnya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat pergerakan tersebut di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.
Tambah Shahrizat, Wanita percaya kepentingan rakyat tidak akan menjadi kepentingan kepada Pakatan Harapan sekiranya mereka berkuasa kelak dan pada akhirnya rakyat Malaysia yang akan menjadi mangsa.
Oleh itu, beliau menyeru agar rakyat berfikir panjang dan perlu bijak memilih sama ada kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh UMNO atau kerajaan pakatan pembangkang yang ditunjangi Dap dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. – MediaUMNO

- Lihat video ini -

Scroll To Top