DARI MEJA WANITA

Rahimah dilantik 
semula Senator

 

 

image (1)

KUALA LUMPUR 17 April – Datin Rahimah Mahamad yang dilantik semula sebagai Senator hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.Menurutnya, perkara tersebut merupakan antara janji-janji kerajaan negeri ketika pilihan raya umum lalu namun masih gagal ditunaikan sehingga hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ke­tua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

“Saya berjanji akan menggunakan manfaat ini sebaik-baik­nya dengan membawa isu-isu kritikal yang menjadi kemelut masyarakat di Kelantan, antaranya masalah bekalan air bersih dan kebajikan golongan ibu tunggal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rahimah juga memegang jawatan Pengerusi Kelab Wanita Penyayang dan Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam.

Sumber : Utusan Online

Scroll To Top