DARI MEJA WANITA

PM seru rakyat segera daftar sebagai pengundi

Najib Tun Razak

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi supaya segera berbuat demikian kerana hala tuju negara terletak di tangan mereka.

Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan setakat 31 Mac lalu, lebih 3.7 juta individu berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mendaftar sebagai pengundi berbanding 18 juta jumlah keseluruhan rakyat yang layak mendaftar.

Menurut beliau, statistik tersebut merupakan indikator bahawa kesedaran rakyat terhadap hak dan tanggungjawab mereka kepada negara masih rendah.

‘‘Mengundi adalah satu tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang layak bagi menentukan masa depan mereka, keluarga dan masyarakat.

‘‘Ia juga merupakan satu proses demokrasi di mana kuasa diberikan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan kerajaan yang mempunyai visi serta mampu memacu Malaysia ke arah mencapai status negara maju.

‘‘Oleh itu, saya menyeru agar semua agensi terlibat mem­­­­per­­hebatkan usaha pe­ne­­rangan ser­­ta mendaftarkan me­re­­ka yang la­yak,’’ katanya menerusi catatan da­­­­­­­­­­­lam blog NajibRazak.com hari ini.

Najib berkata, mungkin ada yang menganggap mendaftar sebagai pengundi adalah satu pro­ses yang menyusahkan, namun hakikatnya pandangan itu salah kerana proses tersebut hanya mengambil masa kurang lima minit.

‘‘Berbekalkan kad pengenalan, anda hanya perlu ke pejabat pos atau pejabat SPR atau pejabat pilihan raya negeri yang berdekatan.

‘‘Janganlah bersikap ambil mudah dengan membiarkan orang lain membuat keputusan untuk anda kerana keputusan tersebut sudah tentunya akan memberi impak yang besar kepada hidup anda dan keluarga. Ingatlah bahawa suara anda penting dalam menentukan masa depan anda, anak cucu dan negara,’’ katanya.

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

Scroll To Top