DARI MEJA WANITA

PM mahu semua perwakilan UMNO rapatkan saf perjuangan

KUALA LUMPUR 6 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua perwakilan merapatkan saf perjuangan dan bersama-sama bangkit memperincikan persiapan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

imageMJY3XW67

“Jangan ada kelalaian atau kekurangan apabila dipanggil berjuang di barisan hadapan untuk UMNO. Insya-Allah kita semua akan muncul sebagai pejuang terbaik. Selamat bersidang saya ucapkan,” katanya menerusi laman Facebook, di sini hari ini.

 Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO bahagian di seluruh negara.

“Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan #UMNO bahagian di seluruh negara. Demi Agama Bangsa dan Negara Tercinta #Negaraku #Malaysia,” katanya menerusi akaun Twitter beliau.

Sebelum ini, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan pada Januari lalu, menetapkan persidangan tahunan cawangan pada 17 Mac hingga 30 April lalu, sementara bahagian pula akan bermula pada 7 Julai hingga 26 Ogos depan.

Persidangan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian dibuat lebih awal berbanding tahun sebelumnya berikutan penganjuran beberapa acara penting dalam negara seperti Sukan SEA dan sambutan perayaan Aidilfitri pada bulan lalu. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

Scroll To Top