DARI MEJA WANITA

Pendaki tertua Malaysia tiba di Lobuche

bt_01.1

KUALA LUMPUR – James Lee Chong Meng, pendaki tertua Malaysia yang cuba menawan puncak Gunung Everest, tiba di Lobuche hari ini.Pendaki berusia 79 tahun itu berkata beliau dan pasukannya tiba di Lobuche dari Everest Base Camp (EBC) kira-kira 7 malam tadi (waktu tempatan Nepal).

“Hari ini, kami telah menghadiri acara “puja” (sesi sembahyang) di EBC pada 1 tengah hari sebelum memulakan latihan di Lobuche East esok.Lobuche ialah penempatan kecil berhampiran Gunung Everest di kawasan Khumbu Nepal dan merupakan satu daripada perhentian semalaman yang terakhir sebelum menginap di “trail to base camp”, laluan pendakian yang peserta harus tempuh dalam pendakian ke Everest Base Camp (South) semasa cuba mendaki Everest melalui laluan tenggara standard.

“Perjalanan dijangka mengambil masa lima jam dari Lobuche ke Lobuche High Camp apabila di point I mereka akan berehat,” kata beliau dalam rakaman audio yang dihantar.Lee berkata mereka menjangka untuk sampai di puncak Lobuche East pada ketinggian 6,119 meter dari aras laut pada malam Selasa. Pendaki itu dan pasukannya tiba di Kathmandu pada 1 April.Lima pendaki lain ialah Eugene Kwan Jyh Sin, 47, Chong Nyuk Kooi, 49, Teng Hee Weng, 48, Berdych Tan Teck Chai dan Jack Oh Jin Heng, kedua-duanya berusia 32 tahun.Mereka akan mengiringi Lee ke Base Camp Gunung Everest sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung dalam ekspedisi yang dianjurkan oleh Kelab Lons Port Dickson Pantai.

Semasa pendakian Lee akan dibantu oleh dua sherpa, Ngaa Tenji dan Pasang Sherpa.Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian peringkat akhir pendakian apabila tiba di Camp 111 pada ketinggian 7,200 meter akibat cuaca buruk. – Bernama

Sumber : Kosmo Online

 

 

Scroll To Top