DARI MEJA WANITA

Larian UMNO semai semangat perjuangan

image23

MUAR 4 Mei – Lebih 1,000 Pemuda UMNO negeri menyertai Konvoi Bermotosikal dan La­rian Penyerahan Bendera UMNO, Sang Saka Bangsa sempena sambutan ulang tahun ke-71 parti tersebut di Pagoh, hari ini.Selain menjayakan larian dan kayuhan berkenaan, peserta turut menyertai karnival sukan rakyat di Kompleks Sukan Pagoh anjuran Puteri UMNO negeri.Seorang peserta, Faizal Omar, 25, berkata, program tersebut menyuntik semangat orang ramai khususnya generasi muda seperti mereka bagi menghayati perju­­a­­ngan UMNO yang selama ini membela rakyat.

Katanya, sambutan tersebut juga sebagai simbolik penyatuan rakyat dan membuktikan muafakat antara ahli UMNO negeri bagi menghadapi pilihan raya akan datang.Sementara itu, larian berke­naan melibatkan jarak sejauh 45 kilometer bermula dari Kompleks Sukan Pagoh sebelum bendera di­serahkan kepada UMNO Melaka di Jambatan Sungai Rambai, Muar-Melaka.Bendera Sang Saka Bangsa itu diterima Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang kemudian menyerahkannya kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO negeri, Hahasrin Hashim berkata, program tersebut penting bagi golongan muda dalam menyemai semangat memperjuangkan parti.

 

Sumber : Utusan Online

Scroll To Top