DARI MEJA WANITA

Jual kek resipi sendiri di FMBH’17

 

download

KUALA LUMPUR: Resipi kek buatan sendiri berasaskan mentega tulen menjadi tarikan utama bagi usahawan, Datin Faizah Shamsuddin untuk diniagakan pada Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH’17), di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), bermula 2 hingga 4 Jun depan.

Faizah yang juga Pemilik DFSH Enterprise dan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju, Seksyen 10, Wangsa Maju, teruja menyertai untuk kali pertama FMBH’17 kerana menganggap ia sebagai platform terbaik memperkenalkan jenama keknya, ‘forget-me-not-cakes’.

“Saya menyediakan lebih 150 biji kek yang saya hasilkan sendiri. Ada tiga pilihan kek mentega yang menggunakan telur segar bagi mengekalkan kualitinya.

“Selain iu, saya juga akan menjual kek buah dan jus buah-buahan pada harga antara RM20 hingga RM80,” katanya kepada BH.

Faizah berkata, syarikatnya DFSH juga menjual produk penjagaan kulit, tetapi pada masa sama beliau mahu menumpukan pasaran menjual kek dan jus buah-buahan pada FMBH’17.

“Saya mahu ambil peluang pada FMBH’17 untuk memperkenalkan jenama kek ini. Sukar saya menjangkakan mengenai sambutan kek itu nanti, tetapi saya yakin menerusi promosi di BH berjaya menarik perhatian pembeli untuk mencuba,” katanya.

Memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam membuat kek, beliau pernah mengikuti tiga tahun pengajian Diploma Sains Rumah Tangga di England, United Kingdom pada tahun 1975, iaitu pada awal pembabitannya sebagai guru.​

“Minat membuat kek menyebabkan saya memperkenalkan jenama ini. Sebelum ini, produk kek saya dibeli oleh teman-teman rapat saja.

“Namun selepas bersara Januari lalu, saya memutuskan untuk membuat jenama kek sendiri yang saya yakini boleh bersaing dalam pasaran.

Beliau berharap, penyertaannya dalam FMBH’17 mendapat sambutan menggalakkan kerana ia dibuat pada bulan Ramadan ketika orang ramai membuat persiapan menyambut lebaran.

Kali pertama FMBH diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur pada 23 November 2014 berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung, manakala kali kedua, di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur (24 dan 25 Oktober 2015), dengan lebih 25,000 orang.

Info : Fiesta Muslimah BH 2017

  • Berkonsepkan pasar lokal
  • Menyediakan 130 gerai jualan pelbagai produk khususnya fesyen Muslimah
  • Aktiviti diadakan termasuk pertunjukan fesyen
  • Lebih 10 artis membuat persembahan
  • Menggabungkan penggiat fesyen tempatan terkenal dan baharu mencipta nama
  • Suasana santai tetapi meriah

KUALA LUMPUR 14 MARCH 2017. Logo Fiesta Muslimah BH 2017
Sumber : Berita Harian Online
Scroll To Top