DARI MEJA WANITA

JR Plus jentera politik raksasa

image (1)

KUALA LUMPUR 14 April – Pelancaran Jentera Rakyat Plus (JR Plus) diyakini akan menambah kekuatan jentera politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) berlipat kali ganda dengan penyertaan gabungan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta parti-parti komponen BN.
Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, gabungan jentera yang dikemudikan Wanita UMNO itu akan membakar dan memastikan dapat mengembalikan sokongan rakyat lebih kuat kepada BN sekali gus memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

 

“JR Plus dilahirkan untuk memperkasakan jalinan lebih besar jentera politik raksasa demi kemenangan BN

“JR Plus akan terus mengusahakan penyampaian maklumat dan isu semasa serta polisi kerajaan, menjadi mata telinga rakyat. Kita seperti unit ketenteraan politik pa­ling besar bukan hanya UMNO dan BN tetapi seluruh negara,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran JR Plus yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Shahrizat berkata, jentera-jentera parti yang hadir pada hari ini berjumlah lebih 5,000 itu hanyalah secebis daripada ke­seluruhan bala tentera BN dengan jumlah Jalinan Rakyat di bawah Wanita UMNO sendiri berjumlah 25,000 orang sejak ditubuhkan pada tahun 2009.

Katanya, pelancaran JR Plus kali ini membuktikan satu lagi lambang transformasi UMNO dan BN di bawah kepemimpinan Najib yang merupakan satu lagi komponen kritikal dalam jentera politik negara.Menurut beliau, jika 70 tahun dahulu srikandi terulung wanita, Ibu Zain menaiki lori berbekal bendera UMNO dan peta mengelilingi Johor untuk mengajak wanita keluar sokong UMNO, hari ini wanita berdiri di pentas bersejarah menjunjung semangat sama bergabung jentera UMNO dan BN bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di semua peringkat sebagai satu pasukan kuat menuju PRU-14.

Beliau turut percaya gerak kerja turun padang bertemu rakyat walau di mana sahaja mereka bera­da tidak mampu dilakukan oleh pihak pembangkang.“Jangan ada barisan kita renggang. Hanya satu kita pegang barisan kita menang. Hari ini kita suburkan jiwa berjuang. Kita bangkitkan pahlawan perang, kuburkan semua petualang,” tegasnya.


Sumber : Utusan Online

Scroll To Top