DARI MEJA WANITA

Individu paling tua meninggal dunia

image

ROM 16 April – Individu paling tua di dunia dan dipercayai yang terakhir lahir sekitar 1800 me­ninggal dunia di kediamannya di utara Itali, semalam ketika ber­usia 117 tahun.Berita tentang kematian Emma Morano disampaikan oleh penjaga wanita itu kepada Dr. Carlo Bava selepas warga emas terbabit ‘tidak sedarkan diri’ ketika duduk di ‘kerusi malas’ di rumahnya dekat Verbania, sebuah bandar di Lake Maggiore, Itali.Menurut Bava, Morano yang juga pesakitnya sempat mengucap terima kasih ketika mereka bertemu kelmarin.

“Dia pergi dalam keadaan yang tenang dan tidak menderita,” kata Bava.

Selepas kematian Morano, seorang wanita Jamaica, Violet Brown yang lahir di Kepulauan Caribbean pada 10 Mac 1900 kini dianggap sebagai orang paling tua di dunia berdasarkan senarai oleh Kumpulan Penyelidikan Gerontologi.

Malah, Perdana Menteri Jamaica, Andrew Holness turut me­nyampaikan ucapan tahniah kepada wanita itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Sumber : Utusan Online

Scroll To Top