DARI MEJA WANITA

Hanya ‘wayang’ pembangkang – Shahrizat

SHAHRIZAT ABDUL JALIL bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Gelang Patah, Zainab Osman (kiri), Mohamad Khairi A. Malek, Naib Ketua Wanita Johor, Datuk Noriah Mahat (dua dari kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Gading , Puan Sri Azizah Zakaria menyanyikan lagu UMNO sempena Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gelang Patah di Skudai, Johor Bahru, semalam. Utusan/Baazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU 21 Julai – Pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang dike­tuai DAP hanyalah sebagai ‘wayang’ pembangkang untuk menarik sokongan, khususnya pengundi Melayu.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, perkara itu kerana parti yang menjadi tulang belakang pakatan pembangkang tersebut adalah DAP, bukannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahupun PKR.

Menurutnya, jika dilihat, majoriti kerusi yang dimenangi pihak pembangkang adalah daripada DAP.

“Jawatan itu hanyalah wa­yang, untuk menarik soko­ngan pengundi Melayu, sedangkan parti yang dominan sebenarnya adalah DAP. Ini bermakna sesiapa yang memberikan undi mereka kepada pembangkang, bererti mereka mengundi untuk DAP. Adakah itu yang kamu mahukan?,” soalnya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Wa­nita UMNO Bahagian Gelang Patah di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A. Malik yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Johor. Justeru, Shahrizat meminta rakyat supaya bijak menilai permainan pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“De Facto leader pembangkang adalah Lim Kit Siang dan DAP, tetapi mereka bersembunyi di belakang dan kononnya menonjolkan pemimpin Melayu. Atas sebab itu, pengundi perlu memilih Barisan Nasional (BN) kerana setiap kaum diwakili dengan seimbang, berbeza berban­ding pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, Wanita UMNO akan memainkan peranan besar dalam membantu parti itu mengekalkan kedudukan BN selaku kerajaan di negara ini pada PRU nanti.

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

Scroll To Top