DARI MEJA WANITA

Category Archives: Senda Santai

Kereta sorong bayi gergasi untuk dewasa

24hmstroll.jpg_1464046969

Chicago (Amerika Syarikat): Sebuah syarikat barangan bayi di sini mencipta kereta sorong bayi gergasi supaya ibu bapa boleh merasai sendiri keselesaan produk berkenaan sebelum membelinya untuk anak mereka. Syarikat Contours membuat replika kereta sorong bayi bersaiz dewasa daripada produk popular mereka dan menjemput ibu bapa menaikinya. Satu video yang dimuat naik syarikat itu di YouTube, menunjukkan beberapa orang dewasa menaiki ... Read More »

Penumpang tak bayar tambang jadi ‘Avatar’

23hmblue_cropped_1463966687

Moscow: Seorang remaja diwarnakan biru oleh pemandu teksi di Novokuznetsk, tengah Russia, yang berang kerana dia enggan membayar tambangnya. Hukuman itu – digelar ‘Avatar’ sempena nama filem popular Hollywood – dilaporkan kerap dilaksanakan pemandu teksi untuk penumpang yang tidak membayar tambang. Remaja berusia 15 tahun itu dijejaki pemandu teksi berkenaan yang mahu menuntut bayaran dihutangnya. Lelaki dipercayai penagih dadah itu ... Read More »

Gadis OCD usahawan 
kemas almari orang kaya

image (4)

BEIJING 9 Mei – Seorang gadis China berjaya memanfaatkan penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang dihidapinya apabila memilih untuk memulakan perniagaan menguruskan almari pakaian orang-orang kaya di bandar Chengdu, di wilayah Sichuan. Deng Mei, 24, mengalami OCD yang juga sejenis penyakit mental yang membuatkannya sentiasa mengemas rumah, tidak boleh melihat barangan berterabur dan mahu keadaan sekitar selalu bersih. Portal Oddity ... Read More »

Wanita ‘diserang’ tebuan gergasi

image (1)

TOKYO 21 April – Seorang wanita Jepun terkejut apabila melihat seekor serangga berbisa dan bersaiz besar ‘merayap’ di atas sehelai baju sejuk di dalam almari pakaiannya. Serangga itu, seekor tebuan Asia yang besar atau dikenali sebagai ‘vespa mandarinia’ dipercayai hidup liar di sekitar pergunungan di Jepun. Portal berita Mail Online me­laporkan, serangga tersebut dikenali oleh masyarakat Jepun sebagai ‘osuzumebachi’ dan ... Read More »

Pasar raya bina gelongsor gergasi

image(20)

SHANGHAI 20 April – Pihak pe­ngurusan sebuah pasar raya di Pudong, dekat sini menyediakan pengalaman mendebarkan apabila membina gelongsor gergasi setinggi lima tingkat sebagai alternatif kepada pelanggan untuk turun ke tingkat bawah dengan cara paling cepat. Mula beroperasi bulan lalu, gelongsor pelbagai warna itu di­letakkan di bahagian tengah Pasar Raya Pujian dan dibuka kepada orang ramai untuk mencubanya. Portal Mirror ... Read More »

Tonton televisyen 94 jam tanpa henti

image (1)

NEW YORK 19 April – Kesungguhan seorang lelaki dari Brooklyn yang sanggup ‘bersengkang mata’ menghadap televisyen selama 94 jam, akhirnya berbaloi selepas dia berjaya mencatat rekod dunia dalam Guinness World Records sebagai individu paling lama menonton televisyen. Menurut portal Oddity Central, Alejandro ‘AJ’ Fragoso, mengatasi rekod sebelum ini iaitu 92 jam yang dicatat di Austria bulan lalu. Lelaki berusia 25 ... Read More »

Burung hantu bawa cincin perkahwinan

du_03.1

LONDON – Seekor burung hantu terlatih mengejutkan tetamu di sebuah majlis perkahwinan apabila membawa cincin kepada pasangan pengantin. Burung itu dilepaskan oleh pelatihnya dan terbang melintasi para tetamu dari pintu kaca sebuah gereja. Lokasi rakaman itu dibuat bagaimanapun tidak dinyatakan. Haiwan itu terbang menuju ke arah pengantin di hujung dewan gereja tersebut. Namun, sebelum sempat cincin itu diberikan kepada pemiliknya, ... Read More »

Hidang makanan dalam sungai

SUNGAI LATA CELAK / KUPANG

BALING: Seorang peniaga makanan menampilkan idea berbeza dengan menyediakan tempat hidangan di dalam sungai bagi menarik kedatangan pengunjung ke gerainya di Lata Celak, Iboi, dekat sini. Abd Rani Salleh, 60, dari Kampung Iboi, berkata idea itu turut dilaksanakannya berikutan cuaca panas melampau yang melanda negara akibat fenomena El Nino. Beliau menyediakan tempat menjamu selera di sungai berhampiran gerainya di atas ... Read More »

Pecah masuk semata-mata nak goreng burger

image (10)

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dirakam memecah masuk restoran makanan segera Five Guys dan memasak burger, Jumaat lepas. Laporan WTOP mengatakan lelaki berkenaan hanya memasak burger, makan dan minum sebelum melarikan diri tanpa mengambil barangan lain. Polis menjanjikan ganjaran AS$1000 (RM3,886.55) kepada mana-mana pihak yang memberikan maklumat sehingga suspek ditangkap. Sumber : Sinar Harian Online Read More »

Buat pembedahan plastik kerana terlalu seiras

10hmtikel.jpg.transformed

Yuncheng (China): Satu pasangan kembar lelaki seiras yang berkahwin dengan sepasang lagi kembar seiras mengambil keputusan menjalani pembedahan plastik kerana mereka gagal mengenal pasti pasangan masing-masing. Pasangan kembar lelaki, Zhao Xin dan Zhao Xuan berkahwin dengan sepasang lagi kembar seiras, Yun Fei dan Yun Yang dalam satu majlis di bandar ini 15 Februari lalu. Dua pasangan berkenaan yang berusia 22 ... Read More »

Scroll To Top