DARI MEJA WANITA

Category Archives: Cerita Malaysia

Larian UMNO semai semangat perjuangan

image23

MUAR 4 Mei – Lebih 1,000 Pemuda UMNO negeri menyertai Konvoi Bermotosikal dan La­rian Penyerahan Bendera UMNO, Sang Saka Bangsa sempena sambutan ulang tahun ke-71 parti tersebut di Pagoh, hari ini.Selain menjayakan larian dan kayuhan berkenaan, peserta turut menyertai karnival sukan rakyat di Kompleks Sukan Pagoh anjuran Puteri UMNO negeri.Seorang peserta, Faizal Omar, 25, berkata, program tersebut menyuntik semangat orang ... Read More »

Larian Bendera simbolik perjuangan rakyat

image (1)

KOTA BHARU 3 Mei – Larian Bendera sempena ­Ulang Tahun Ke-71 UMNO bukan sekadar acara riadah, sebaliknya menjadi simbolik kepada komitmen dalam mewarisi perju­angan membina negara bangsa dari satu generasi kepada generasi lain.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Larian Bendera tersebut diharap dapat menyuntik semangat orang ramai, khususnya generasi muda untuk menghayati perjuangan tersebut yang tidak terhad kepada ... Read More »

Najib sempurna pelancaran setem , larian bendera ulangtahun UMNO ke-71

image

KUALA LUMPUR 26 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyempurnakan majlis Pelancaran Setem dan Larian Bendera sempena sambutan ulang tahun penubuhan parti UMNO ke-71 di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Dalam majlis itu, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri telah menyerahkan bendera UMNO iaitu Sang Saka Bangsa kepada Pengerusi Badan ... Read More »

Tegakkan Islam, majukan ummah

PUTRAJAYA 25 April – Peruntukan RM80 juta kepada sekolah-sekolah pondok berdaftar, sekolah menengah agama rakyat (SMAR) serta institusi-institusi tahfiz berdaftar di seluruh negara merupakan komitmen kerajaan untuk menegakkan agama Islam dan memajukan ummah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagaimana ditetapkan dalam Bajet 2017, peruntukan berkenaan merangkumi RM50 juta untuk tujuan penambahbaikan dan penyenggaraan sekolah pondok serta SMAR ... Read More »

Seri Paduka pancaran pemeribadian, jati diri negara

image

KUALA LUMPUR 24 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, institusi Raja atau dalam konteks Kerajaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, adalah pancaran kepada ‘Pemeribadian atau Jati Diri Negara’, yakni ‘Personification of the Nation’. Katanya, Yang di-Pertuan Agong sebagai cerminan dan jelmaan, yakni manifestasi kepada ‘Adi­cita’ atau ideologi Rukun Negara, yang menjadi asas kepada sebuah negara bangsa, makmur ... Read More »

Penjelajah negara Ekspedisi KE7B lakar sejarah

qobin21b.jpeg.transformed_0

KUALA LUMPUR: Walaupun mengharungi pelbagai rintangan, tiga penjelajah negara Ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Rentas Kutub Utara 2017 melakar sejarah apabila menamatkan misi lima hari lebih awal berbanding jadual asal. Penasihatnya, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof, berkata kejayaan itu dimaklumkan Ketua Penjelajah misi, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin menerusi panggilan telefon satelit, malam tadi. Akmar berkata, dua lagi penjelajah yang menyertai ... Read More »

Lambang solidariti berjaya

image

KUALA LUMPUR 18 April – Kerjasama dan persefahaman antara kepemimpinan tertinggi dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO adalah lambang solidariti parti yang berjaya di­pimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.   Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau percaya pelbagai dakwaan dan tuduhan liar terhadap portfolio baharunya sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana ... Read More »

Scroll To Top