DARI MEJA WANITA

Category Archives: Bisnes Wanita

Mila Jirin selebriti wanita bergelar usahawan

image

SIAPA tidak kenal kepada selebriti tempatan yang pernah menempa zaman kegemilangan pada tahun 2007 ini. Mila Jirin sememangnya satu nama yang sudah dikenali dalam industri hiburan tanah air. Memulakan langkah sebagai penyanyi dan pelakon, Mila kini mengembangkan sayap kejayaannya di dalam empat cabang perniagaan yang kini diusahakan bersama suami, Isz Mustapha, 37. Bizmilla Catering menawarkan pakej lengkap perkahwinan dan katering. Bizmilla ... Read More »

Bantal hiasan pengganti hadiah

image (6)

UMUMNYA, jika bercakap mengenai bantal, semua sedia maklum yang bantal kegunaannya hanya untuk menjadi alas kepala ketika tidur atau baring. Namun dengan perkembangan semasa, bantal yang sering menjadi alas kepala telah mula mendapat sentuhan lebih menarik dan digunakan sebagai satu produk pelbagai kegunaan. Antaranya boleh dijadikan  sebagai hadiah atau perhiasan bagi penggemar barangan unik. Cantik, menarik, berwarna-warni serta comel menjadi ... Read More »

Wanita Disaran Lebar Sayap Perniagaan Ke Peringkat Antarabangsa

PH02_220516_WANITA

TEMERLOH, 22 Mei (Bernama) — Golongan wanita khususnya ibu tunggal disaran melebarkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa, dan tidak hanya bergantung kepada pasaran domestik. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kerajaan dan pihak swasta menyediakan pelbagai bantuan termasuk mengadakan program untuk usahawan wanita ke peringkat antarabangsa. “Apa yang penting adalah semangat untuk maju ke ... Read More »

Sambal hijau Awanie pikat selera ramai

image (3)

BAGI penggemar makanan pedas, sambal antara menu wajib yang dihidangkan bersama nasi panas, mahupun dimakan bersama roti, atau lempeng. Bermula dengan sambal belacan, sambal merah dan sambal hitam, kini sambal hijau dilihat mula dikomersialkan Menariknya, sambal hijau bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, tetapi ia juga boleh dijadikan pes masakan, memudahkan golongan wanita menyediakan hidangan untuk keluarga. Tidak mudah basi Seorang ... Read More »

Sasar jualan 50,000 Youth Serum

image

    EKORAN cuaca tidak menentu kebelakangan ini terutama keadaan panas berpanjangan, memberikan inspirasi kepada pengasas Widwid Resources menghasilkan produk kecantikan untuk mengembalikan keseimbangan kulit. Produk  dihasilkan itu ialah Youth Serum , yang baru sahaja dipasarkan Januari lalu dan semakin mendapat permintaan menggalakkan. Ia memberi keyakinan kepada pengasas produk ini untuk menyasarkan penjualan serum itu sebanyak 50,000 botol tahun ini. Pengasasnya, ... Read More »

Butik baru ditubuh 2008 terus menapak kukuh

BUTIK RATU/ BISNES

Bermula dengan menjual tudung, Galeri Hijab dan Busana Ratu (Butik Ratu) yang ditubuhkan pada 2008 terus kukuh dan berdaya saing biarpun terdapat lambakan jenama baharu muncul di pasaran. Nama Ratu diambil bagi menggambarkan sempurna, anggun, cantik dan mempersona supaya pemakai koleksinya kelihatan umpana Ratu. Diasaskan Juwita Abdullah, kini Butik Ratu mengorak langkah apabila bukan sahaja menjual koleksi tudung di bawah ... Read More »

Butik White Elephant mahu tubuh kemudahan fisioterapi

image (13)

KUALA LUMPUR 18 April – Butik pakaian, White Elephant Sdn. Bhd., butik pakaian berteraskan aspek kebajikan berhasrat meraih seba­nyak RM1 juta dalam tempoh dua hingga tiga tahun bagi me­nubuhkan kemudahan fisioterapi. Pengasasnya, Pat Liew berkata, konsep berniaga sambil menderma kepada golongan yang memerlukan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama UEM Sunrise Bhd. Katanya, usaha menyediakan kemudahan fisioterapi buat ... Read More »

Usahawan Wanita Wajar Rebut Peluang

image9-1024x547

  KOTA KINABALU, 7 Apr (Malaysiaktif) –​ Usahawan wanita perlu mengambil peluang menghadiri kursus yang dianjurkan kerajaan bagi meningkatkan tahap ekonomi sekali gus memperluas ilmu pengetahuan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa mengalu-alukan cadangan dan maklum balas daripada golongan wanita sebagai input penambahbaikan program-program yang diatur bagi merealisasikan impian mereka. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk ... Read More »

Almas sasar Asia Barat

image (8)

KUALA LUMPUR 6 April – Almas Beauty & Health, syarikat kosmetik dan kesihatan meletakkan sasaran untuk menembusi pasaran global pada tahun ini, terutama pasaran Asia Barat seperti Emiriah Arab Bersatu. Pengasasnya, Datin Maziah Mo­­hamed berkata, Almas kini dalam proses untuk mencari peluang bagi menembusi pasaran tersebut kerana telah ada pengguna produknya di rantau terbabit yang sangat berpuas hati dengan hasil ... Read More »

Tingkat penyertaan usahawan wanita

image (6)

KUALA LUMPUR 5 April – SME Corporation Malaysia (SME Corp) mahu meningkatkan penyertaan usahawan wanita dalam Anugerah Perusahaan 50 2016 (E50 2016) yang akan berlangsung pada 18 November ini. Pengerusinya, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, sebanyak 19.7 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dimiliki oleh usahawan wanita dan golongan tersebut tidak dinafikan mempunyai kedudukan ... Read More »

Scroll To Top